Sunday 2 June 2013

di mana istiqamah itu? tidak mengapa asal ada jangan tiada

salam..
"di mana istiqamah itu? tidak mengapa asal ada jangan tiada"
sob sob sob
rasa berdosa kerana tidak dapat mengisi satu2nya jurnal hidup yang ada..post yang pertama kata, yang cemerlang perlu ada jurnal. tapi saya abaikan.
silap saya.
maafkan.
sekarang sedang dengar lagu battle scars - guy sebastian..
lagu tu terbaik. sangat terbaik mungkin sebab suara guy sebastian. tapi bukan itu tajuk utama.. tajuk utama saya mempersoalkan istiqamah dalam buat entri, isi jurnal hidup. haihhh itulah manusia, berkata ada, tindakannya kurang. silap saya. tapi bakal saya perbetulkan.
itu azam saya pada awal bulan jun ini.
tapi saya menulis entri ini sebab saya ingin menceritakan perkembangan diri saya selepas enri yang saya tulis kali terakhir sebelum ini. mengenai istiqamah juga. humm
bersalah
malu lagi.
mungkin kelemahan diri saya adalah tidak istiqamah dalam melakukan perkara yang baik. niat saja tidak boleh.tidak kena ada tindakan yang menyusul.
sedarlah.
baiklah.
perkembangan yang pertama. saya sudah habis foundation. tamat sudah zaman asasi YAY!
keputusan exam terakhir zaman foundation di MMU Cyberjaya pun agak oklah bagi aku.
OKLAH?
humm agak kurang puas hati. tapi kira bagus sebab atas 3.00
moga2 itu tidak melunturkan semangat mula hidup baru selepas foundation
perkembangan saya seterusnya. MMU Cyberjaya buat renovation hostel.so bagi saya rakyat marhaen yang tidak punya kuasa kenalah keluar dari hostel. cumanya kawan2 MARA lain still tinggal di sana. sokay. saya kini tinggal di bumi sunway, subang.
dunia baru. serba baru
study lagi pengangkutan awam yang ada disekeliling tempat tinggal baru.
terima kasih fuad sebab saya akan bersama2 dia untuk datang ke mmu setiap pagi bila tiba sem seterusnya.
seterusnya
bila exam final mesti ada cuti seterusnya. saya tidak balik kesabah untuk cuti kali ini. agak sedikit sedih.tapi tidak mengapa.menuntut ilmu itu banyak cabaran.
tiada yang mudah.
tiada yang mudah untuk capai kejayaan
alhamdulillah. sepanjang cuti. saya tinggal tempat kakakku yang dicintai.
keputusan MUET pun muncul.
dapat keputusan yang oklah..
OKLAH lagi..
band 3.. syarat lulus untuk graduasi.
biarlah itu langkah pertama untuk menjadi graduan MMU.
sepanjang cuti juga saya nervous. tidak sabar untuk tunggu apa degree yang saya dapat.
dari tiga pilihan degree yang saya pilih sendiri.
pilihan pertama : degree cinematic arts
degree ni sangat saya harap saya dapat.. sangat berharap.. sebab minat saya dalam bidang ni kearah situ..
pilihan kedua : degree interface design
degree ni sangat menarik..sangat menarik.saya ok kalau dapat ni jugak
pilihan ketiga : advertising design
saya memang suka deal dengan orang lain. treat orang. promot orang. saya juga ok dengan degree ini
Dan akhirnya. saya dapat degree pilihan pertama saya.
rasa bersyukur kerana impian dipermudahkan lagi oleh Allah s.w.t
hari esok hari mula untuk menghadapi dunia degree. rasa semangat
rasa nervous
takut
apa yang bakal terjadi esok.
mudah-mudahan segalanya berjalan elok

"di mana istiqamah itu? tidak mengapa asal ada jangan tiada"

istiqamah buat perkara baik untuk diri sendiri adalah azam pertama untuk bulan jun ni.
bulan kelahiran anak pakcik Ali Bidin dan Norsike
yang kedua?
assignment atau exercise PERTAMA untuk degree nanti mesti buat yang terbaik.

sayangi diri. cintai diri.

No comments:

Post a Comment